- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kalau cuba resipi ni Insyaallah gerenti jadi, tapi kena ikut step dia biar satu-satu yer. Cicah sambal sardin ke, sambal bilis ke, kari ayam, kari kambing, kari daging atau cicah je dengan kuah apa yang anda suka, boleh buat sarapan atau minum petang.
Bahan-bahan ;
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
3/4 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
3/4 cawan air suam
Caranya ;
- Gaulkan semua bahan didalam bekas, dan uli sehingga menjadi doh
- Rehatkan doh selama 15 minit, tutup dengan kain supaya doh tidak kering
- Bahagikan doh kepada 16 bahagian, selepas itu leperkan doh macam nak buat karipap
- Panaskan kuali dan letak minyak agak banyak
- Masukan doh yang dileperkan tadi kemudian siramkan minyak atas doh sehingga dia mengelembung kemudian balikkan supaya masak kedua belah roti
- Angkat dan toskan
- Siap untuk dihidang dengan kuah kesukaan anda.
Selamat Mencuba Yer :)
Kalau kawan-kawan nak resipi kari ayam boleh rujuk resipi disini ; Kari Ayam Pekat Ala Kedai Mamak
Ulasan
Catat Ulasan