Daging Dendeng Berlado

Bubur Pulut Hitam

 


Selepas kita menikmati hidangan utama, kita makan pula pencuci mulut yang lemak manis ni. Ermmm pasti sangat sedap. Buat cukup manis, lemak dan masin. Resipi sangat mudah untuk semua.


Bahan-bahan ;
4 cawan air
1 cawan pulut hitam
1 ketul gula melaka
4 sudu besar gula
Sedikit garam untuk menaikan rasa lemak
1 kotak kecil santan - asingkan 1/4 santan letak dalam mangkuk
1 helai daun pandan - simpul atau potong 
* Ambil santan yang diasingkan tadi dan campurkan 1/2 sudu kecil garam, dan kacau sehingga garam hancur dan sebati dengan santan *
 

Caranya ;
- Masukan air dan pulut hitam kedalam periuk, rebus hingga pulut hitam empuk. Api sederhana sahaja dan hendaklah dikacau supaya bahagian bawah tidak hangit
- Setelah pulut hitam empuk dan air sudah tinggal sedikit, kita masukan gula melaka, gula dan daun pandan. Kacau sekejap 
- Terus masukan santan dan garam. Kacau lagi sehingga sebati. Biar sedikit mendidih boleh lah tutup api
- Letakkan didalam mangkuk dan campurkan 1 sudu kecil santan yang dicampurkan garam tadi untuk menambahkan lemak bubur kita
- Sedia untuk dinikmati.

  Selamat Mencuba Yer :) 

Ulasan