Daging Dendeng Berlado

Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Panjang


 Goreng kacang panjang sekejap sahaja untuk dapatkan rasa yang rangup.


Bahan-bahan ;
1/2kg sotong - lumurkan kunyit dan sedikit garam kemudian digoreng 1 minit di dalam minyak panas 
1 ikat kacang panjang - potong serong
1/2 batang lobak merah - potong ikut suka
1 labu bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah besar -  potong serong
Secubit garam
Secubit serbuk perasa
Minyak 


Caranya ;
- Gunakan minyak gorengan sotong masukan bawang putih, goreng sehingga kekuningan kemudian masukan bawang besar, cili merah dan lobak merah
- Goreng sehingga bawang, cili dan lobak sedikit layu
- Masukan kacang panjang, garam dan serbuk perasa serta 1 sudu besar air
- Goreng sekejap kemudian tudung kuali selama 1 minit
- Selepas itu masukan sotong yang telah digoreng tadi, kacau selama 2-3 minit, tutup api
- Siap untuk di hidang


   Selamat mencuba yer ;)


Ulasan