- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tips nak bagi sotong tak mengeluarkan air bila kita buat sambal, kita goreng sekejap dalam minyak panas. Insyaallah sambal sotong kita tak akan berair.
Bahan-bahan ;
1kg sotong - digoreng sekejap dalam minyak panas (1 minit sahaja)
1 labu bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1kg sotong - digoreng sekejap dalam minyak panas (1 minit sahaja)
1 labu bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1/2 labu bawang besar - mayang
3 sudu besar cili boh
Sedikit belacan (sebesar duit 20sen)
1 sudu sos tomato
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula @ gula melaka
Sedikit serbuk perasa
3 sudu besar cili boh
Sedikit belacan (sebesar duit 20sen)
1 sudu sos tomato
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula @ gula melaka
Sedikit serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Daun ketumbar - hiris untuk hiasan (kalau ada)
Daun ketumbar - hiris untuk hiasan (kalau ada)
Caranya ;
- Gunakan minyak gorengan sotong tadi dan kita masukan bahan yang dikisar, goreng sehingga bawang sedikit garing
- Selepas itu kita masukan cili boh, tumis sehingga cili pecah minyak
- Kemudian boleh lah kita masukan belacan, sos tomato dan bawang besar yang telah dimayang, kacau sekejap
- Masukan sotong yang telah kita goreng tadi seterusnya terus masukan garam, gula @ gula melaka dan serbuk perasa
- Gaul sotong bersama sambal sehingga sotong betul-betul masak, tak perlu lama ya goreng nanti sotong akan liat dan tak sedap
- Tutup api, taburkan sedikit daun ketumbar (kalau ada)
- Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba yer ;)
Ulasan
Catat Ulasan