Daging Dendeng Berlado

Masak Lemak Cili Api Itik Salai Pekat Melekat



Resepi asal masak lemak nogori memang tak guna bawang, cukup dengan kunyit hidup dan cili api. Tapi rasanya memang terangkat habis.


Bahan-bahan ; 
1/2 ekor itik salai
1 mangkuk santan cair (ikut banyak mana kuah kita nak, kalau nak banyak kuah guna mangkuk besar)
1 mangkuk santan pekat (ikut sukatan mangkuk santan cair)
30 biji cili api hijau (kalau nak pedas tambah lagi) - kisar halus
2 inci kunyit hidup - kisar halus
2 keping asam keping
2 biji kentang - dipotong 4
2 helai daun kunyit - dimayang halus (kalau tak da pun tak pa)
Garam
Serbuk perasa
Gula (ikut selera memasing, ada orang tak letak tapi saya letak je untuk seimbangkan rasa pedas)


Caranya ;
- Di dalam periuk masukan bahan kisar dan itik salai, gaul sebati dan hidupkan api kecil sahaja
- Masak di atas dapur sehingga air kering barulah masukan santan cair, kentang dan asam keping, bolehlah di besarkan sedikit api  
- Tunggu sehingga mendidih, kemudian bolehlah masukan garam, serbuk perasa dan gula
- Kacau sebati kemudian masukan santan pekat, kacau selalu supaya tidak berketul dan pecah minyak
- Akhir sekali masukan daun kunyit, kacau dan tutup api
- Siap untuk dihidang


  Selamat mencuba yer ;)


Ulasan