Daging Dendeng Berlado

Lala Masak Serai Cili Api Thai Sedap

 


Lala ni rasa dia nanti pedas-pedas dan manis-manis manja gitewww.... 

Bahan-bahan ;

1kg lala (basuh bersih)
3 sudu besar cili boh
8 batang cili api (merah + hijau) - kisar kasar
4 ulas bawang merah - kisar kasar
5 ulas bawang putih - kisar kasar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
5 sudu besar sos cili thai
3 batang serai - hiris halus
2 batang daun ketumbar - hiris untuk hiasan (kalau tak ada pun tak apa)
Minyak 

Caranya ; 

- Panaskan kuali dan masukan minyak
- Setelah minyak panas, kita masukan bahan kisar dan serai, goreng sehingga naik bau dan bawang kekuningan
- Masukan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak
- Selepas itu kita masukan sos cili, sos tiram, sos ikan dan sos cili thai, kacau sehingga kuah mendidih boleh lah kita masukan lala
- Kacau lala sehingga sebati dengan kuah, tak perlu tambah air kerana lala akan mengeluarkan air
- Masak sehingga kuah menjadi pekat, jangan biar sampai kering yer
- Dah siap kita taburkan daun ketumbar untuk hiasan dan juga untuk menaikan aroma masakan kita
- Siap untuk dihidang

  Selamat mencuba yer ;)


Ulasan